nasfa chocolate: March 2011

Kawan-kawan

Wednesday, March 23, 2011

Cuti bersalin 90 hari


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman semua, kelas coklat akan ditutup pada pertengahan bulan April 2011 dan dijangka bersambung semula pada bulan Julai 2011, Hal ini kerana Puan Fajar akan cuti bersalin selama 3 bulan. Kelas terakhir ialah pada 9 dan 10 April 2011. Tempah tempat anda sekarang kerana kelas akan ditutup sementara, jika tidak anda perlu menunggu sehingga bulan Julai 2011.

Tuesday, March 22, 2011

Sejarah koko

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda peminat coklat? Tidak kiralah kek coklat, ais krim coklat, air coklat, wafer coklat atau apa-apa makanan berasaskan coklat.Tahukah anda sejarah dan asal usul koko? Kalau tidak, teruskan pembacaan anda.

Koko, madu kepada dewata di mana nama saintifiknya Theobroma Cacao jika diterjemah dari bahasa Greek bermakna makanan dewata mempunyai sejarah bermula dari tahun 1662. Pada peringkat awal, koko dikaitkan dengan ketuhanan di mana penyembahan dibuat setiap kali pokok koko ditanam.


Tuesday, March 15, 2011

Petua masakan


• Mengekalkan Kesegaran Sayuran
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...