nasfa chocolate

Kawan-kawan

Saturday, July 30, 2011

Promosi biskut raya Home Made 2011

Rose Tart
 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun ini sekali lagi nasfachocolate membuka tempahan biskut raya untuk kemudahan anda. Untuk makluman, semua biskut adalah Home Made (buat sendiri) dan diperbuat dari butter, bukan marjerin. InsyaAllah anda akan berpuashati.


Almond London
Strawberry Fingers
Tart Dahlia

Popia Crunch (rm10/balang)
Almond London (rm25/55 biji)
Strawberry Fingers (rm25/55 biji)
Rose Tart (rm25/55 biji)
Tart Dahlia (rm20/55 biji)

Tarikh tutup tempahan ialah 10 Ogos 2011 (minggu pertama Ramadan)

Penghantaran PERCUMA sekitar bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan Impian Putra.
Popia Crunch

Kepada yang ingin menjadi ejen dialu-alukan. Komisyen menarik menanti anda.

Sebarang pertanyaan/tempahan sila hubungi

nazri
h/p  : 012-5712470
fajar
h/p  : 017-5710071
email: nasfachocolate@gmail.com

no. 6, jalan bm 6/16a
seksyen 6,bandar bukit mahkota
bangi, selangor.

Thursday, June 30, 2011

Tempahan kelas coklat Julai 2011


Untuk makluman, tempahan kelas coklat Julai 2011 telah dibuka. Kelas diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad dan bermula jam 10.00 pagi hingga selesai. Kelas selain dari hari Sabtu dan Ahad juga boleh diaturkan atas persetujuan 2 pihak.Anda tak perlu bawa apa-apa kerana peralatan disediakan semuanya. Anda akan diajar secara hands on. Coklat yang dihasilkan boleh dibawa pulang.

Wednesday, March 23, 2011

Cuti bersalin 90 hari


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman semua, kelas coklat akan ditutup pada pertengahan bulan April 2011 dan dijangka bersambung semula pada bulan Julai 2011, Hal ini kerana Puan Fajar akan cuti bersalin selama 3 bulan. Kelas terakhir ialah pada 9 dan 10 April 2011. Tempah tempat anda sekarang kerana kelas akan ditutup sementara, jika tidak anda perlu menunggu sehingga bulan Julai 2011.

Tuesday, March 22, 2011

Sejarah koko

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda peminat coklat? Tidak kiralah kek coklat, ais krim coklat, air coklat, wafer coklat atau apa-apa makanan berasaskan coklat.Tahukah anda sejarah dan asal usul koko? Kalau tidak, teruskan pembacaan anda.

Koko, madu kepada dewata di mana nama saintifiknya Theobroma Cacao jika diterjemah dari bahasa Greek bermakna makanan dewata mempunyai sejarah bermula dari tahun 1662. Pada peringkat awal, koko dikaitkan dengan ketuhanan di mana penyembahan dibuat setiap kali pokok koko ditanam.


Tuesday, March 15, 2011

Petua masakan


• Mengekalkan Kesegaran Sayuran
Sayuran yang disimpan didalam peti ais beberapa hari akan hilang kesegarannya. Cubalah rendamkan sayuran tadi di dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka selama beberapa minit dan hasilnya juga akan menghilangkan kekotoran pada sayuran tadi.

Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...