MAHA International 2010 | nasfa chocolate

Kawan-kawan

Thursday, November 25, 2010

MAHA International 2010


Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasaskan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.



Tema MAHA Antarabangsa 2010 “Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” memberi tanda permulaan era inovasi pertanian dan industri berasaskan pertanian daripada rantau ini.

MAHA 2010 akan diadakan di MAEPS MARDI Serdang dan dan jarak ke lokasi adalah seperti berikut:
  • Kuala Lumpur City Centre = 36 km
  • Putrajaya = 16 km
  • Cyberjaya = 12 km
  • UPM = 2 km
  • Seri Kembangan = 5 km
  • Kajang = 21 km 
Sumber dari: www.mahaexpo2010.com

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...