Berita baik untuk penggemar coklat | nasfa chocolate

Kawan-kawan

Wednesday, November 3, 2010

Berita baik untuk penggemar coklat


COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN  
Anda tidak perlu cemas bila mengetahui bahawa coklat mengandungi kalorie yang tinggi - lebih kurang 150 kalorie dalam satu auns. Janganlah berasa sedih. Bila kebanyakan lemak tepu menyebabkan peningkatan kolesterol yang tinggi di dalam darah, lemak koko tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol kerana adanya asid stearik yang tinggi di dalamnya.

COKLAT TIDAK MENGANDUNGI DADAH YANG MERBAHAYA - Kafeine
Orang menyalahkan kandungan kafein dalam coklat kerana menyebabkan mereka gelisah. Walau bagaimanapun, coklat hanya mengandungi sedikit sahaja kandungan kafein; satu auns kopi biasa mengandungi antara 150 - 250 milligrams secara purata.

COKLAT TIDAK MENYUMBANG KEPADA KANDUNGAN GULA YANG TINGGI DALAM PEMAKANAN KANAK-KANAK
Kajian yang dilakukan di USA menunjukkan bahawa manisan-manisan yang dimakan oleh kanak-kanak yang berumur antara 5 - 12 tahun hanya menyumbang 3% daripada pemakanan biasa.

COKLAT TIDAK MENYEBABKAN JERAWAT
Kebanyakan pakar berpendapat bahawa coklat bukanlah penyebab yang berpotensi. Mereka akan memberitahu bahawa coklat ataupun makanan yang tidak menyebabkan jerawat. Tekanan sudah tentu boleh. Jadi jika anda mengutil 'candy bar' berlebihan semasa anda mengalami tekanan, kemungkinan besar ini boleh mengakibatkan jerawat.


COKLAT TIDAK MEROSAKKAN GIGI
Pertalian antara koko dan kerosakan gigi juga tidak benar. Sebenarnya lemak dalam lemak koko membantu mengeluarkan manisan daripada melekat di mulut. Satu teori yang menakjubkan ialah coklat sebenarnya membantu menghalang kerosakan gigi melalui tannin.

Petikan artikel dari www.koko.gov.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...